Tuesday, October 19, 2010

Jom Makan Coklat


Jika  orang itu makan makanan berlebihan daripada tubuhnya perlukan, makan itu akan disimpan sebagai lebihan tenaga yang dipanggil lemak tubuh. Coklat adalah makanan pembakar tenaga kerana ia mengandungi tahap 'kilojoules' yang tinggi iaitu 2200kj berdasakan 100gm saiznya. Amalan memakan makanan sebegini adalah cara terpantas untuk meningkatkan berat badan tetapi adalah salah jika mengatakan makan coklat dengan kerap boleh menyebabkan obesiti. Terlebih makan adalah umum tetapi bukanlah pada sesuatu jenis makanan. Orang yang mengamalkan diet sihat boleh saja makan coklat secara sederhana tanpa perlu risau berat badannya akan naik. Jadi..tunggu apa lagi? Mari menikmati coklat tanpa rasa bersalah ;-)